Tuesday, December 29, 2009

Langkah ke masjid

Sabda Rasulullah s.a.w. yng bermaksud :

"Sesiapa yang berulang-alik menuju ke masjid, Allah s.w.t. akan menyediakan untuknya tempat yang mulia di syurga setiap kali berulang alik."

Subahanallah!!!...besarnya ganjaran yang Allah yang berikan kepada golongan yang terdiri drpd bangsa akhirat ini..Mereka mencintai jalan ke masjid. Hadis ini bukan menyatakan apabila pergi ke masjid sahaja malahan apabila kita pulang dari masjid pun dapat ganjaran ini. Ingatlah, setiap muslim harus ingat ganjaran yang Allah tawarkan kepada kita..Bukan ini sahaja, ada hadis yang lain mengenai berjalan menuju ke masjid.

Diriwayatkan oleh Muslim melalui Abu Hurairah di mana Rasulullah s.a.w. bersabda yag bermaksud:

"sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian menuju sebuah masjid untuk menunaikan solat fardhu, di antara langkahnya itu ada yang menghilangkan dosa dan ada yang mengangkat kedudukannya."

maksudnya dosa kecil sahaja, tetapi kalau kita selaluberbaik sangka dengan Allah s.w.t.. Insya Allah akan diampunkan dosa hamba-Nya itu. dengan setiap langkah pun Allah nak bg ganjaran kepada kita. Jahatlah orang yang berburuk sangka dengan Allah ini. tapi harus diingatkan kepada kaum hawa bahawa jika mereka pergi solat berjemaah di masjid adalah makruh baginya kecualilah kepada wanita yang sudah tua dan tidak mempunyai keinginan nafsu bagi lelaki ke atasnya. Islam tidak menganiaya kaum wanita malahan Islam ingin menjaga kaum wanita sendiri. bagaimanakah bg wanita untuk mendapat ganjaran yang sama dengan lelaki yang pergi ke masjid yang mendapat ganjaran yang banyak itu. Hendaklah kaum wanita bagi anak gadis mentaati kat kedua ibubapa dan si isteri mentaati cakap suminya. tetapi jika kaum wanita ini dapat melakukan solat berjemaah di rumah lakukanlah..wallahu'alam...

Saturday, December 26, 2009

PANJANG ANGAN-ANGAN

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya: "Dalam semua perkara pada anak Adam yang akan menjadikan mereka tua adalah dua perkara: Tamak dan angan-angan."

Oleh itu, umat yang bergelar Islam ini haruslah menjauhi dua perkara ini..yang ingin ditekankan sekarang ialah pada sifat angan-angan yang selalu bermain di fikiran remaja sekarang...ramai yang mempunyai cita-cita yang tinggi tetapi ramai juga akhirnya tidak mengeluarkan sedikit punpeluh sendiri untuk mengorak langkah ke arah itu..akhirnya dia hanya berada di posisinya yang asal tanpa berganjak...tanpa disedari dia hanya merugikan masa yang Allah berikan kepadanya...itulah yang ingin ditekankan iaitu sifat angan-angan kita iaitu racun kehidupan dunia dan akhirat..jadi, bagi yang ingin mencapai cita-citanya haruslah membuat anjakan dalam diri moga-moga Allah memakbulkan hajat yang ada di hati..tetapi harus diingatkan jika kita gagal mendapatkannya mungkin ada hikmah yang baik di sebaliknya..gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya...